Thursday, June 1, 2017

Ramadhan 1438 Hijrah

Assalammualaikum, Maaf kerana telah sekian lama blog ini tiada sebarang kemaskini. Di masa ini Surau Al-Rayyan Seri Ixora, Seksyen 27 di pengerusikan oleh Saudara Zakuan dan Ahli-ahli Jawatankuasa yang baru. Banyak aktiviti yang dirancang dan telah dijalankan. Untuk bulan Ramadhan tahun ini seperti biasa, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih di ikuti dengan Tazkirah diadakan.

Saturday, February 11, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul




Sekitar Majlis Maulidur Rasul Surau Al-Rayyan - Seri Ixora.
Tarikh: 11/02/2112

Sunday, March 21, 2010

NOTIS MESYUARAT AGONG SURAU AL-RAYYAN, SERI IXORA - 04/04/2010

Assalammualaikum..

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan pekeliling bahawa setiap Masjid/Surau mestilah mengadakan pemilihan semula Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang baru.

Surau Al-Rayyan, Seri Ixora akan mengadakan Mesyuarat Agong & Pemilihan AJK yang baru pada hari Ahad, 04/04/2010, selepas Isyak.

Hanya kariah yang berdaftar melalui Anak Kariah Masjid/Surau seluruh Selangor layak untuk mengundi. Kepada yang belum mendaftar bolehlah mendapatkan borang tersebut di Surau Al-Rayyan.

Harap maklum.