Sunday, March 21, 2010

NOTIS MESYUARAT AGONG SURAU AL-RAYYAN, SERI IXORA - 04/04/2010

Assalammualaikum..

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan pekeliling bahawa setiap Masjid/Surau mestilah mengadakan pemilihan semula Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang baru.

Surau Al-Rayyan, Seri Ixora akan mengadakan Mesyuarat Agong & Pemilihan AJK yang baru pada hari Ahad, 04/04/2010, selepas Isyak.

Hanya kariah yang berdaftar melalui Anak Kariah Masjid/Surau seluruh Selangor layak untuk mengundi. Kepada yang belum mendaftar bolehlah mendapatkan borang tersebut di Surau Al-Rayyan.

Harap maklum.